JellyPages.com

Sunday, February 16, 2014

kAwAn...





Bukan mudah untuk mencari kawan 
Bukan mudah untuk mengerti kawan 
Ada kawan sembang-sembang 
Ada kawan makan kawan 
Ada kawan sama susah 
Ada kawan yang boleh mendengar segala keluhan 

Kawan 
Melayari kehidupan ini bukan mudah 
Kadang-kadang ada perkara yang boleh buat kita terluka 
Kadang-kadang ada perkara yang boleh buat kita tersenyum 
Kadang-kadang ada perkara yang boleh buat kita menangis 
Kadang-kadang ada perkara yang boleh buat kita ketawa 

Kawan 
Nilai persahabatan itu tidak ternilai 
Bolehkah nilai persahabatan itu diganti dengan wang ringgit 
Kalau boleh 
Aku mahu tahu berapa harganya kawan? 
Berapa harga budimu kawan? 

Kawan 
Yang pasti kehidupan sementara ini 
Cukup pengisiannya dengan corak kehidupan 
Hingga wujud kawan,teman,sahabat ataupun 
Apa saja panggilan yang setaraf dengan nilai 

Kawan 
Akhir kata dariku kawan 
Bukankah sebelum seseorang itu menjadi 
Sahabat sejati 
Hanya bermula kawan bicara saja 
Kawan yang boleh mengisi segala 
Suka dan duka….



No comments:

Post a Comment